Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jangan jadi kartun di Selangor, Mahfuz beritahu PAS

 | May 15, 2017

Ahli Parlimen PAS itu berkata

mahfuz-omar-pasPETALING JAYA: Seorang wakil rakyat PAS hari ini menyelar timbalan presiden parti itu kerana terus mempertahankan keengganan parti itu untuk mengarahkan exconya di Selangor meletak jawatan, susulan keputusan PAS menamatkan hubungan kerjasama dengan parti lain dalam pentadbiran Selangor.

“Janganlah situasi di Selangor ini menjadikan rakyat melihat PAS tidak lebih dari ‘kartun politik’ yang tidak ketentuan hala,” kata Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengkritik Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana cuba berselindung dengan pihak istana dalam mempertahankan jawatan exco PAS.

“Tuan Ibrahim selaku seorang tokoh politik kanan sepatutnya arif bahawa di dalam konteks sistem raja berperlembagaan, pelantikan exco kerajaan negeri walaupun dibuat oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja, tetapi ianya adalah atas nasihat dan cadangan nama yang diangkat oleh Perdana Menteri atau Menteri Besar,” kata Mahfuz.

Mahfuz berkata sepatutnya tidak perlu ada tekanan ke atas PAS untuk exco parti itu melepaskan jawatan mereka.

“Exco PAS sepatutnya meletak jawatan serta merta sebaik sahaja Majlis Syura Ulama mengesahkan keputusan muktamar yang memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tanpa perlu diminta atau dipaksa oleh sesiapa,” kata Mahfuz, yang berkata peletakan jawatan itu penting untuk menunjukkan pendirian PAS Pusat dan Selangor adalah selari dengan keputusan Muktamar dan Majlis Syura.

PAS mempunyai 3 exco di Selangor – Datuk Iskandar Abdul Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib – serta ramai ahli majlis di peringkat kerajaan tempatan.
Timbalan Speaker Selangor Shafie Ngah juga daripada PAS.

Muktamar PAS pada 30 April lepas sebulat suara meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi”, atau kerjasama politik, dengan PKR. Keputusan diluluskan Majlis Syura Ulama PAS Khamis lepas.

PAS akan menentukan status ketiga-tiga exconya pada mesyuarat Khamis ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata semua exco PAS masih kekal dalam pentadbirannya.

Mahfuz berkata pendirian Tuan Ibrahim sama seperti tindakan exco dari Semangat 46 di Kelantan, susulan parti Melayu itu memutuskan hubungan dengan PAS pada 1996.

Mahfuz berkata ketika itu, exco Semangat 46 berkata mereka kekal kerana pelantikan mereka dibuat oleh Sultan Kelantan selain mahu meneruskan mandat yang diperolehi pada pilihan raya 1995. Bagaimanapun, mereka diarahkan supaya keluar daripada pentadbiran Kelantan oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Situasi Politik di Selangor tiada pilihan bagi PAS selain menarik diri dari kerajaaan Selangor,” kata Mahfuz.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments