Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Seniman: Orang luar henti ‘menyibuk’ isu Mat Over, David Teo

 | May 18, 2017

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi menggesa pihak luar tidak 'panaskan' atau memperbesarkan isu itu kerana ia sudah diselesaikan secara profesional dan cepat.

zed-zaidi-mat-over-david-teohPETALING JAYA: Sebuah persatuan mewakili penghibur tempatan mengingatkan pihak luar berhenti “menyibuk” mengenai isu pelawak, Sulaiman Yassin atau Mat Over menampar penerbit filem, Datuk David Teo pada Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Datuk Seri Najib Razak, semalam.

“Kita dah selesai masalah itu sebab kita tak jangka benda ini. Kita dapat menyelesaikan isu ini secara profesional dan cepat, pihak luar jangan panaskan lagi isu ini.

“Bagi saya, benda ini tidak perlu diperbesarkan lagi sebab Seniman dah bertindak lebih pantas, David dan Mat Over telah bersalam depan perdana menteri,” kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi kepada FMT hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menafikan Mat Over dan Teo dipaksa bersalaman di depan perdana menteri, sebaliknya mereka berdua melakukannya berdasarkan hati terbuka dan berlapang dada.

“Benda itu (bersalaman) bukan terpaksa, saya sendiri berjumpa David dan saya sendiri pergi tenangkan Mat Over dan dua-dua pihak boleh terima dan ikhlas memaafkan satu sama lain,” katanya.

Dialog semalam dipengerusikan pelakon, Datuk Rosyam Nor.

Bahang mula terasa apabila Teo mempersoalkan tindakan Rosyam tidak memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang mengajukan soalan kepada Najib.

Selepas Rosyam membuka ruang kepada Teo untuk bertanya soalan, Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo. Pergelutan yang berlaku kemudiannya dileraikan pasukan keselamatan.

Insiden itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook semalam. Najib kemudian dilihat menenangkan keadaan dengan berkata “Relaks, relaks”.

Teo yang menerbitkan lebih 100 filem tempatan dipetik Harian Metro sebagai berkata, beliau tidak mengenali Mat Over dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

“Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja, sedangkan saya juga mahu tanya soalan kepada perdana menteri.

“Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya,” kata pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG).

Mat Over pula yang dipetik Harian Metro berkata, beliau tidak kesal dengan tindakannya menampar Teo.

“Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata, Seniman memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Mungkin kita boleh buat post-mortem supaya lain kali perkara ini tidak berlaku, dan kita juga akan memastikan masa lebih lama diperuntukkan kepada artis untuk tanya perdana menteri.

“Memang kita tahu semalam masa agak pendek dan ramai nak menyuarakan pandangan. Jadi, moderator kesuntukan masa untuk memberi peluang kepada semua penggiat seni,” katanya.

Mat Over tak kesal tampar kerana mahu ajar Teo hormat PM


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments