Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPRM rampas tunai RM800,000 dari rumah anggota polis

 | May 18, 2017

Suspek dikatakan mengumpul duit dari pusat judi dan rumah urut.

sprm-tangkap-polisPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai bernilai kira-kira RM800,000 dari stor rumah seorang koperal di Melaka.

Anggota polis berusia 52 tahun itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Melaka merupakan individu ke-10 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan rampasan dan tangkapan itu.

Hari ini, Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman selama 7 hari sehingga 24 Mei ini terhadap individu tersebut bagi membantu siasatan kes selepas membenarkan permohonan reman yang dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17 (a) Akta SPRM 2009.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments