2 wakil rakyat ‘bodoh’ tampil pertikai Zuraida
Siapa lebih pandai, soal ahli Parlimen Sungai Siput yang menjual AP miliknya untuk membayar staf dan sukarelawan.
Ia selepas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempertahankan beberapa kenderaan mewah yang dimilikinya.
“Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” kata ahli Parlimen Ampang itu dipetik Sinar Harian, menjawab dakwaan beliau memiliki pelbagai kereta mewah.
Susulan itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan memuat naik sindiran tajam dalam mengumumkan dirinya tidak menggunakan AP.
“Saya adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan,” katanya dalam muat naik di Twitter.
Saya adalah antara Ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan.
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) May 26, 2017
‘Jual AP lebih pandai’
Seorang lagi wakil rakyat yang dihubungi FMT berkata seseorang wakil rakyat “lebih pandai” sekiranya tidak mengambil manfaat daripada AP.
Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata beliau tidak menggunakan AP miliknya, sebaliknya berkata beliau menjualnya dan wang daripada penjualan itu digunakan untuk kerjanya sebagai wakil rakyat di Sungai Siput seperti membayar staf dan sukarelawan.
“Sukarelawan saya semua tahu, mereka lihat ahli Parlimen mereka dapat kemudahan ini tapi dia pakai untuk mereka.
“Jadi mereka lebih bersemangat untuk kerja kuat. Dari segi politik, lebih pandai untuk buat macam saya. Sukarelawan dia akan banyak korbankan masanya dan memberi sumbangan tanpa mengharapkan ganjaran material yang saya tidak sendiri tidak boleh bayar,” katanya ketika dihubungi FMT.
Menurutnya, sekiranya beliau menggunakan AP miliknya, ia akan melunturkan semangat sukarelawan dan kakitangannya untuk bekerja.
Saya pakai kereta mewah sebab saya wakil rakyat, kata Zuraida
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram