Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PKR desak Ku Nan, DBKL dedah penyelenggara kemudahan PPR

 | June 7, 2017

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak menolak kemungkinan kerajaan melalui DBKL melantik syarikat kroni yang tidak menjalankan tugas dengan baik sebagai punca masalah infrastruktur PPR gagal diselesaikan.

nurul-izzah-dbklKUALA LUMPUR: Naib presiden PKR hari ini mendesak menteri Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendedahkan syarikat yang dilantik menyelenggara dan membaik pulih kemudahan awam di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar juga tidak menolak kemungkinan kerajaan melalui DBKL melantik syarikat kroni yang tidak menjalankan tugas dengan baik sebagai punca masalah infrastruktur PPR gagal diselesaikan.

“Bagi DBKL dan menteri, ia harus didedahkan kepada rakyat siapakah syarikat yang terpilih? Adakah mereka melakukan tugas dengan baik ataupun ia dari pihak dalaman DBKL sendiri.

“Ia akan memberi kesan buruk jika pilih syarikat salah, misalnya syarikat kroni tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Kalau di Apartmen Putra Ria saya boleh maklumkan ada syarikat yang terpilih mereka ada kontrak dengan DBKL,” katanya ketika melawat mangsa terbabit dalam insiden lif jatuh di PPR Kerinchi pada 28 Mei lalu yang mencederakan 9 penduduk, termasuk warga emas.

Nurul Izzah berkata, masalah kerosakan lif di PPR Kerinchi berlarutan sekian lama sehingga penduduknya trauma.

Dalam pada itu, beliau mahu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan DBKL menyenarai hitamkan syarikat yang gagal menyelesaikan projek mengikut jadual.

“Pada saya, semua ini (syarikat dan jenis projek) harus didedahkan kepada umum supaya kita yakin mereka pilih syarikat terbaik sebab ia melibatkan dana rakyat. Rakyat harus tahu syarikat mana yang dipilih. Adakah mereka melakukan tugas baik atau ia dilantik daripada pihak dalaman DBKL.

“Kalau Kuala Lumpur mahu menjadi kota yang mempunyai infrastruktur pertama, minda kelas pertama dan kerajaan mahu menaikkan cukai pintu, prasyaratnya adalah memastikan penyelenggaraan kawasan penempatan di tahap terbaik,” katanya.

Sementara itu, penduduk PPR Kerinchi menyuarakan kekecewaan mereka terhadap DBKL dan kerajaan pusat yang didakwa gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, walaupun pelbagai aduan dibuat.

Mereka berkata, keadaan PPR hanya bertambah baik apabila ada orang kenamaan melawat kawasan berkenaan.

“Kita bayar kos penyelenggaraan RM42 sebulan, tetapi bila buat aduan tiada tindakan. DBKL tidak mesra alam, bila kita buat aduan mereka buat tak reti. Ini kali ke-2 kejadian lif jatuh selepas 3 tahun kes sama berlaku.

“Saya harap kes sama tidak berulang. Lebih menyedihkan apabila syarikat penyelenggara menggunakan barang kitar semula untuk membaiki lif rosak. Contohnya mereka ambil barang di blok A dan guna di blok B,” kata seorang penduduk berusia 56 tahun yang hanya dikenali sebagai Juriah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments