Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPRM tidak kompromi pegawainya minta rasuah

 | June 10, 2017

SPRM bersedia untuk bekerjasama dengan pihak PDRM susulan penahanan seorang pegawai SPRM kerana disyaki meminta wang daripada anggota polis.

sprm-polis

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan penahanan seorang pegawai SPRM kerana disyaki meminta wang daripada anggota polis.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan kesalahan pegawai terbabit yang dilakukan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

“Perbuatan seumpama itu sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip undang-undang dan Perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.

Justeru, SPRM mengalu-alukan tindakan tegas pihak polis dalam melaksanakan penahanan itu dan tidak akan mencampuri siasatan yang dijalankan.

Ekoran kejadian tersebut, katanya SPRM akan melakukan pemeriksaan dalaman yang tegas terhadap semua pegawai bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

“Pendirian SPRM tidak akan berganjak walaupun seinci sekiranya terdapat pegawai sendiri melakukan jenayah sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang mencemarkan reputasi dan nama baik SPRM,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments