Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Nazri akui cukai pelancongan kerana kerajaan kurang dana

 | June 12, 2017

Nazri Aziz berkata, peruntukan kerajaan untuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berkurangan secara mendadak sejak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia.

Nazri-AziziPETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz mengakui cukai pelancongan perlu dilaksanakan kerana Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sudah “tiada wang”.

Beliau yang dipetik China Press berkata, kementeriannya perlu mencari sumber pendapatan baharu dan berterusan untuk membiayai kegiatannya kerana peruntukan kementerian itu berkurangan secara mendadak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia.

“Kita imbas kembali peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada 2014 amat besar, tetapi ia dikurangkan dengan banyak pada 2015 dan 2016.

“Ia bukan bermakna pelancongan tidak menjadi keutamaan kerajaan, tetapi ada keutamaan yang lebih penting seperti kemajuan luar bandar, pendidikan, kesihatan dan pertahanan negara.

“Jadi, kita perlu fikirkan 1 kaedah mencari wang dan ia perlu menjadi sumber kewangan berterusan, oleh itu kami memperkenalkan cukai pelancongan,” katanya dipetik China Press pada program Jom [email protected] di Dataran Merdeka semalam.

Ketika berbahas di Dewan Rakyat pada April lalu untuk meluluskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017, Nazri dilaporkan berkata, cukai pelancongan boleh memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta, jika kadar penginapan bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%.

Jumaat lalu, beliau berkata, cukai itu akan dikuatkuasakan pada 1 Julai ini di semua hotel dan rumah penginapan berdaftar dengan bayaran tambahan RM2.50 hingga RM20 dikenakan bagi penginapan semalaman.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, kutipan cukai pelancongan bukan perkara baru, kerana Thailand, Singapura dan Indonesia sudah lama melaksanakannya, apatah lagi kos sara hidup mereka lebih tinggi dari Malaysia.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu hairan kenapa ramai yang membantah cadangan kementeriannya, sedangkan Pulau Pinang dan Melaka ketika mengutip cukai itu tiada orang mempertikaikannya.

Katanya, cukai pelancongan itu masih dalam peringkat persediaan mekanisme, oleh itu pelaksanaannya mungkin ditangguhkan sehingga Ogos atau September, jika tidak sempat disiapkan menjelang bulan depan.

Beliau berharap mekanisme kutipan cukai pelancongan akan diselaraskan di semua negeri dan hasilnya dapat dibahagikan kepada setiap negeri untuk mempromosikan industri pelancongan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menafikan keputusan kerajaan memperkenalkan cukai pelancongan akan menjejaskan peluang BN memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pujut.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK DUN Pujut diadakan pada 4 Julai dan penamaan calon pada 20 Jun ini.

 

Pengusaha hotel masih kabur mengenai cukai baharu ke atas pengunjung

Cukai pelancongan mulai 1 Julai


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments