Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Warga China lapor polis, MonSpace disiasat BNM

 | June 16, 2017

Seramai 71 warga China mendakwa menjadi ‘mangsa’ MonSpace dan pengasasnya, Jessy Lai dan menuntut bayaran balik wang yang mereka laburkan.

VIDEO INSIDE

MonSpaceKUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat MonSpace (M) Sdn Bhd selepas laporan polis dibuat ke atas syarikat skim pelaburan itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Polis dan Bank Negara dalam proses mengumpul bukti untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman pagi ini.

Beliau diminta mengulas mengenai 71 warga China yang membuat laporan polis terhadap MonSpace di Balai Polis Bukit Jalil semalam selepas mendakwa wang simpanan mereka ditipu.

Khalid juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak melabur dalam mana-mana skim yang menjanjikan pulangan lebih 16% setahun.

“Orang ramai perlu berhati-hati dengan skim tersebut. Tidak mungkin sesebuah skim itu mampu membuat begitu banyak keuntungan,” katanya.

Semalam, 71 warga China mendakwa mereka adalah “mangsa” MonSpace dan pengasasnya, Jessy Lai dan menuntut bayaran balik wang yang mereka laburkan.

Dalam laporan polis, mereka mendakwa tidak menerima 500% pulangan yang dijanjikan Lai dalam tempoh 6 bulan.

Mereka melabur dalam MonSpace sejak November tahun lepas.

Sebelum itu, mereka pergi ke pejabat MonSpace di Bukit Jalil untuk bertemu Lai dan mendapatkan balik duit mereka.

Mereka berkata telah melabur sebanyak $10,000-100,000 renminbi (RM6,260-RM62,600) dalam MonSpace.

Mereka memberitahu pemberita, mereka datang jauh dari China semata-mata untuk berjumpa Lai tetapi percubaan mereka sia-sia.

 

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments