Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Butang panik elak kes rogol tak praktikal, kata pengusaha teksi

 | June 18, 2017

Pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, langkah mewajibkan butang panik langsung tidak memberi jaminan yang penumpang bebas daripada menjadi mangsa kes rogol pemandu.

Shamsubahrin-Ismail_teksi_butang_use-phone_600

PETALING JAYA: Tindakan kerajaan mewajibkan sistem butang panik bagi semua operasi e-hailing perkhidmatan Uber dan Grabcar untuk mengelak penumpang menjadi mangsa kes jenayah termasuk dirogol pemandu bukan pendekatan yang praktikal, dakwa badan pengusaha teksi.

Pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, langkah tersebut langsung tidak memberi jaminan yang penumpang bebas daripada menjadi mangsa rogol pemandu memandangkan jenayah seumpama berlaku dengan pantas.

“Pada pandangan saya, berkenaan dengan pelaksanaan butang panik untuk mengelak pemandu Uber dan Grabcar buat kesalahan jenayah seperti rogol dan sebagainya, ia hanyalah 1 altenatif.

“Apabila berlaku kes seperti rogol orang yang kena rogol itu dah tidak ingat pasal butang panik sebab orang yang nak merogol ini bukan dia bermanja-manja dulu, dia akan terus guna cara kekasaran dan pelanggan mungkin tidak sempat untuk meminta bantuan… 70 hingga 80% tidak sempat nak minta bantuan,” kata beliau sambil menyifatkan usaha itu sesuatu yang tidak munasabah.

Shamsubahrin berkata demikian kepada FMT mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri semalam, yang mahu pelaksanaan butang panik atau butang kecemasan (SOS) diselaras kepada operasi e-hailing di seluruh negara.

Beliau berkata, perkhidmatan Grabcar dan Uber perlu melaksanakan pemasangan butang panik demi keselamatan penumpang.

Mengulas lanjut, Shamsubahrin berkata kebaikan butang kecemasan hanya boleh diguna penumpang apabila mereka menghadapi situasi pemandu menggunakan jalan pintas serta ketika mendapat ancaman daripada penumpang lain ketika dalam perjalanan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan supaya setiap pemandu yang ingin menjalankan operasi e-hailing perlu menjalini proses penapisan termasuklah bebas daripada rekod jenayah dan sebarang masalah kesihatan.

“Setiap pemandu perlu menjalini proses pembersihan melibatkan pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, agensi antidadah, Majlis Bandaraya sebelum pihak SPAD memberi kebenaran untuk mereka menjalankan perkhidmatan membawa penumpang,” katanya.

Penggunaan butang panik dicadangkan selepas berlaku insiden penumpang wanita didakwa dirogol seorang pemandu Grabcar baru-baru ini di Selangor.

Nancy mahu butang panik e-hailing libatkan seluruh negara


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments