Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zahid dakwa pembangkang pindah pengundi, sasar rampas Johor

 | July 9, 2017

Pun begitu, kata Zahid, beliau yakin Johor tetap jadi ‘fixed deposit’ Umno dan BN.

zahid-johor

JELEBU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat usaha memindahkan pengundi yang sedang dilakukan pembangkang untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Selaku menteri dalam negeri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Negara, beliau mengesan terdapat gerakan memindahkan pengundi sedang dilakukan ke negeri itu.

“Mereka (pembangkang) tumpu perhatian kepada Johor, mereka mahu rampas (Johor). PRU13 mereka sasar Negeri Sembilan (dan) jelas Negeri Sembilan bukan sahaja dapat pertahankan kerusi sedia ada tapi dapat menambah kerusi.

“Untuk Johor saya yakin bahawa walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pembangkang, dan mereka telah mengenal pasti beberapa kerusi Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) (untuk ditandingi), saya yakin Johor tetap jadi ‘fixed deposit’ Umno dan BN,” katanya.

Zahid, naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden, berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Jelebu di Kuala Klawang di sini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments