Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ibu dakwa guru tumbuk kepala anak 9 tahun sehingga pening, loya

 | July 17, 2017

Menurut wanita itu, doktor mengatakan anaknya pening dan loya akibat tumbukan yang kuat sehingga menyebabkan gegaran pada otak.

VIDEO INSIDE

cikgu-tumbuk-kepala-1PUTRAJAYA: Seorang wanita mendakwa anaknya, 9, ditumbuk guru sebuah sekolah kebangsaan di Putrajaya sehingga menyebabkan rasa pening dan loya, serta takut untuk ke sekolah.

Nur Syaheerah Sutchira Abdullah berkata kejadian berlaku Selasa lalu di dalam kelas, apabila anaknya yang berada di darjah 3 ditumbuk kerana salah menjawab soalan bahasa Inggeris.

Menurut Syaheerah, guru tersebut menumbuk bahagian kepala anaknya sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh ke belakang lalu bahagian pinggang anaknya terkena bahagian bucu meja.

“Tumbukan itu menyebabkan anak saya pening dan dia juga diminta berdiri sehingga kelas habis,” kata Syaheerah pada sidang media di Presint 11, Putrajaya hari ini.

Menurut Syaheerah, hasil pemeriksaan doktor mendapati Adam Mikhael Mubashir mengalami pening dan loya akibat tumbukan yang kuat sehingga menyebabkan gegaran pada otak. Sakit di bahagian pinggang disebabkan terkena bucu meja.

“Saya terkilan anak saya dipelaku sehingga begitu. Saya ada jumpa guru besar tetapi dia cakap akan pantau guru itu dan anak saya, tetapi tidak ada apa-apa tindakan diberikan kepada guru, hanya anak saya diberikan kaunseling.”

Syaheerah berkata anaknya trauma dengan kejadian itu dan tidak berani untuk ke sekolah.

“Guru besar hanya memaklumkan memindahkan guru itu ke kelas lain dan tidak mengajar di kelas anak saya, tetapi masih satu sekolah sebab waktu rehat akan jumpa cikgu itu,” katanya.

Kerana bimbangkan keselamatan anaknya, Syaheerah membuat laporan polis di IPD Putrajaya Jumaat lalu.

cikgu-tumbuk-kepala-2

“Adam pesan dekat saya jangan beritahu pihak sekolah sebab takut dengan guru itu,” kata Syaheerah.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan mengesahkan polis menerima laporan yang dibuat wanita itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Kes masih dalam siasatan,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, cubaan FMT mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah tidak berjaya. Guru besar sekolah itu enggan mengulas kerana tidak mahu diganggu media.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments