Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Nik Abduh beri amaran mereka yang beraksi ‘liar di bilik saya’

 | July 17, 2017

Pemimpin PAS itu terus dikritik di laman Facebook beliau selepas amarannya.

nik-abduh-fb

PETALING JAYA: Nik Mohamad Abduh Nik Aziz semalam memberi amaran kepada mereka yang melontar komen “fitnah” di laman Facebooknya, tetapi ia masih tidak menghentikan pengguna terus memuat naik pelbagai kutukan dan kritikan terhadap ahli Parlimen Pasir Mas itu.

“Mulai sekarang, bagi mengelak ‘dosa kering’ berlaku di Facebook saya, saya akan menilai komentar yang ditulis. Jika ia positif sama ada pro atau kontra dalam laras bahasa yang diterima akal yang sihat, maka saya terima dan ucapkan terima kasih dan selamat menulis, menyokong dan mengkritik.

“Jika sebaliknya yang dipenuhi fitnah yang nyata, kata-kata buruk, carut dan nista, saya akan sekat daripada terus menulis di sini,” kata Nik Abduh di Facebook malam tadi.

Bekas ketua pemuda PAS mengakui tindakan menyekat kebebasan menulis itu “tidak popular”, tetapi berkata ia kerana ramai hanya berminat memberikan komentar yang buruk berbanding positif.

“Bahkan ada yang memperbodohkan diri sendiri sehingga saya sukar memikirkan betapa teruknya tahap anak bangsa berfikir,” katanya.

Menurut Nik Abduh, walaupun selepas 10 tahun menulis, beliau “gagal membantu memulihkan mereka”, sebaliknya “bertambah liarlah mereka beraksi di bilik saya ini”.

Bagaimanapun, beberapa komen sindiran membidas Nik Abduh terus dimuat naik setakat pagi ini.

“Saya pun bimbang disoal oleh Allah, mengapa saya tidak menegur pemimpin yang secara berterusan membiarkan kerajaan zalim memerintah,” tulis Amirul Azhan.

“Hampir 10 tahun menulis.. satu pun xleh pakai.. sedih,” kata seorang lagi pengguna, Hafizuddin Ab Rahman-Abu Haziq.

Nik Abduh kerap dikritik pemimpin pembangkang kerana beberapa kenyataan yang mempertahankan dasar pimpinan PAS yang dilihat semakin mesra dengan Umno.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments