Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal

 | July 29, 2017

Timbalan perdana menteri mengarahkan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan menukar syarikat lain yang dapat memastikan barang KR1M dijual di bawah harga pasaran.

VIDEO INSIDE

ahmad-zahid-hamidi-kedai-rakyat-1-malaysiaKUALA LANGAT: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan menamatkan kontrak pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didapati menjual barang lebih mahal daripada pasaran.

“Peluang telah diberikan, saya tak nak sebut nama syarikat. Saya sendiri pergi ke Kedai Rakyat 1Malaysia sebab di bawah Umno Bahagian Bagan Datuk ada, saya bagi peluang untuk kedai itu dibuka dengan sewa yang cukup-cukup rendah.

“Sebab saya wujudkan kedai itu untuk membantu rakyat di kawasan saya. Tapi jelas harganya lebih mahal, sedangkan kerajaan beri peruntukan tertentu kepada syarikat itu untuk menjual barang di bawah harga pasaran,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata, kerajaan tidak mahu syarikat berkenaan membekalkan barang dan mengendalikan operasi KR1M lagi kerana pembungkusan serta pengedaran barang berkualiti rendah, tetapi dijual pada harga lebih mahal.

“Akhirnya, syarikat itu mengatakan mereka rugi dalam mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia,” katanya.

Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk mengarahkan Datuk Seri Hamzah Zainudin menukar syarikat lain mengendalikan operasi KR1M bagi memastikan barang dijual di bawah harga pasaran demi menjamin kepentingan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Zahid dalam ucapannya berkata, seramai 200,000 orang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) sejak ia dilancarkan 17 Julai lalu.

Katanya, dengan adanya perkhidmatan itu, jumlah kenderaan di Lembah Klang mencatat penurunan sebanyak 22%.

“Laporan Kabinet semalam saya ingin menyebut kadar penurunan kereta yang berada di Lembah Klang yang ada di jalan yang menyebabkan kesesakan turun 22%.

“Ertinya orang menggunakan pengangkutan awam dan meninggalkan kereta di tempat letak kenderaan atau rumah masing-masing kerana kos yang lebih murah,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments