Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Isu Iskandar Kutty: Jamal pertahan Zahid, gelar Dr Mahathir celaka

 | August 2, 2017

Jamal berkata tindakan Dr Mahathir sebenarnya mahu menjatuhkan Najib dan kerajaan pimpinan Umno.

VIDEO INSIDE

Jamal-YunosKUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos mempertahankan tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengungkit keturunan Tun Dr Mahathir Mohamed yang berasal dari India.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata Zahid bukannya mahu menimbulkan isu perkauman, sebaliknya mahu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengkhianati parti apabila tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan sepertimana yang dilakukan Dr Mahathir.

Beliau turut menganggap tindakan Dr Mahathir dan pembangkang yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pimpinan Umno sebagai perbuatan celaka.

“Kita tidak peduli soal keturunan sebab negara kita pelbagai bangsa, macam saya orang Melayu Banjar. Kita semua ada sejarah keturunan, ada India, Cina, tapi apa yang Zahid kata ini adalah orang yang celaka macam Dr Mahathir.

“Kenapa saya cakap Dr Mahathir celaka setelah 22 tahun menjadi perdana menteri, setelah sekian lama dalam Umno, minta orang Umno supaya patuh pada parti. Tapi dia sebenarnya menjadikan Umno sebagai batu loncatan untuk memijak kepala orang Melayu demi kerjaya politik dan kesenangan keluarganya.

“Betul seperti Zahid katakan (Dr Mahathir) habis madu sepah dibuang, kami sokong kenyataan Zahid, Dr Mahathir ini bapa perpecahan.

“Daripada mana PKR wujud? ia disebabkan kezaliman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada mana PPBM wujud? kerana ketamakan Dr Mahathiir menjatuhkan Najib,” katanya.

Beliau juga berkata pemimpin pembangkang seperti Anwar dan Rafizi Ramli sudah lama mendedahkan keturunan Dr Mahathir berasal dari India dan ia bukannya isu baharu yang sengaja ditimbulkan Zahid.

Beliau juga menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Zahid kerana ia perlu didedahkan kepada orang ramai.

“Dr Mahathir mahu menjadikan Umno hancur dan dikuburkan, dia nak kuburkan Umno sedangkan Umno inilah yang jadikan anak, keluarganya kaya raya,” katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Jamal-Yunos2

Sebelum ini, Zahid menerima kritikan pelbagai pihak selepas ucapannya Ahad lalu di hadapan ahli Umno Kelana Jaya, di mana beliau mendakwa nama penuh bekas perdana menteri itu ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

Zahid berkata maklumat itu dibekalkan kepadanya oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. (JPN), sambil berkata ia menunjukkan Dr Mahathir yang berketurunan India memperalatkan orang Melayu.

Rentetan daripada pendedahan Zahid, Dr Mahathir berkata beliau berasa malu dengan Zahid selepas timbalan perdana menteri itu menimbulkan isu keturunan beliau.

Beliau mengingatkan Zahid mengenai pertemuan mereka yang didakwa berlaku sebelum ini, yang menurutnya untuk meminta simpati dan sokongan semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri untuk bersekongkol menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai jalan pintas beliau menjadi perdana menteri.

Mengulas lanjut, Jamal turut menafikan tuduhan Dr Mahathir kononnya Zahid meminta simpatinya untuk menjatuhkan Najib sambil memaklumkan ia berniat jahat.

“Hari ini saya datang bersama NGO Selangor dan gabungan NGO Malaysia, kami mahu buat laporan polis berkenaan tuduhan Dr Mahathir, Zahid berjumpa dengannya yang ingin bersekongkol mahu menjatuhkan Najib.

“Bagi kami perkara itu dusta, fitnah dan ingin menggusarkan orang ramai dan ahli umno, kami tidak percaya sedikit pun dengan hasutan fitnah sebegitu.

“Kita lihat Dr Mahathir amat risau dengan apa yang didedahkan Zahid,” katanya sambil memaklumkan satu laporan polis akan dibuat supaya tindakan diambil terhadap Dr Mahathir.

Terdahulu Jamal yang hadir bersama lebih 30 pengikutnya tiba di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 11.00 pagi.

Jamal seperti biasa hadir dengan gimiknya yang tersendiri.

Kali ini beliau membawa skrin LCD bersama pembesar suara di atas lori dengan memaparkan rakaman ucapan para pemimpin pembangkang yang menuduh Dr Mahathir berketurunan India diikuti penyokongnya memegang sepanduk sokongan kepada Zahid.

 

Dr M malu ada orang macam Zahid dalam Kabinet

Peluru kapur ‘Kutty’ terhadap Dr Mahathir makan diri, kata Perkasa


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments