Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zahid ungkit isu Memali, dakwa Dr Mahathir ‘pembohong’

 | August 5, 2017

Timbalan perdana menteri berkata, pembohongan Dr Mahathir bukan yang pertama kerana dalam isu Memali di Baling juga menyaksikan perkara sama sehingga Tun Musa Hitam selaku timbalannya ketika itu dijadikan 'kambing hitam'.

zahid-mahathir2PETALING JAYA: Sambil mengungkit peristiwa Memali yang berlaku lebih 3 dekad lalu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menegaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan seorang pembohong.

Timbalan perdana menteri berkata, pembohongan Dr Mahathir bukan yang pertama kerana dalam isu Memali di Baling juga menyaksikan perkara sama sehingga Tun Musa Hitam selaku timbalannya ketika itu dijadikan ‘kambing hitam’.

“Mengikut kenyataannya mengatakan ketika peristiwa Memali berlaku, kononnya orang itu tak ada dan berada di China…beliau kata tak ada sebab mahu mengelak diri daripada menerima cemuhan rakyat Baling dan parti PAS,” kata beliau dipetik BH Online.

Kenyataan beliau ini merujuk kepada respons yang dibuat oleh Dr Mahathir 5 hari yang lalu.

Ahmad Zahid, Naib Presiden Umno berkata, dalam buku tulisan Musa ‘Frankly Speaking’ mengatakan ketika peristiwa Memali berlaku Dr Mahathir bukan berada di China tetapi di Malaysia.

“Meletakkan kesalahan pada Tun Musa Hitam dan dikambinghitamkan oleh orang itu…itu hakikatnya.

“Dia terlalu memutarbelikan fakta dan erti kata lain bermaksud berbohong. Kalau Tun Musa Hitam kena, saya pun kena banyak kali dan saya bersabar banyak lama,” kata beliau yang juga menteri dalam negeri, ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Baling, Kedah hari ini.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah di mana insiden itu mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh.

Peristiwa ini terjadi ketika Musa menjadi timbalan perdana menteri dan menteri dalm negeri. Ketika itu Dr Mahathir selaku perdana menteri dilaporkan berada di China.

Dr Mahathir ketika mengulas kenyataan Ahmad Zahid mengenai keturunannya 5 hari yang lalu berkata apa yang dikatakan naib presiden Umno itu berbeza daripada fakta sebenar.

Malah beliau juga menyifatkan Ahmad Zahid sebagai “kaki pembohong.”

“Saya terkejut dengan kenyataan Ahmad Zahid itu. Tak pernah ada sesiapa sentuh perkara ini, yang beri asal usul saya berbeza daripada yang diketahui umum.

“Ini adalah satu kenyataan yang cukup baik untuk kita tunjuk betapa Ahmad Zahid ini kaki pembohong kerana dia tak boleh tunjuk kad pengenalan yang dia kata warna biru itu,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments