Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rosmah terharu terima Anugerah Tokoh Wanita

 | August 11, 2017

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu menghargai jasanya kepada pembangunan sosioekonomi dan kualiti kehidupan rakyat.

Rosmah-MansurPETALING JAYA: Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menerima Anugerah Tokoh Wanita bagi mengiktiraf sumbanganya kepada wanita dan kanak-kanak.

Utusan Malaysia melaporkan anugerah yang julung kali diperkenalkan itu bagi menghargai jasa dan bakti tokoh wanita negara kepada pembangunan sosioekonomi dan kualiti kehidupan rakyat.

Sebagai isteri perdana menteri, Rosmah menerajui pelbagai persatuan termasuk Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Beliau juga terlibat secara aktif dalam Kempen Tabung Hari Pahlawan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

Malah, beliau turut memberi sumbangan besar dalam pembangunan modal insan apabila mengilhamkan Program Permata Negara yang berteraskan “setiap anak permata negara”, menurut laporan itu.

Anugerah disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Datuk Mohd Noordin Abbas pada Majlis Minum Petang Sempena Ulang Tahun Ke-48 Majalah Wanita, semalam.

Rosmah ketika menyampaikan ucapannya, berkata sangat terharu dan berbesar hati di atas penghargaan itu.

“Penglibatan saya dalam Permata serta program berkaitan wanita sememangnya amat dekat di hati saya.

“Sesungguhnya, penglibatan ini lahir dari hati yang ikhlas untuk menabur jasa bakti kepada generasi muda kita yang menjadi perintis kepada kepimpinan negara.

“Saya berharap penganugerahan ini juga akan memberi perangsang kepada wanita lain untuk menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara,” katanya memetik laporan itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments