Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PAP dakwa ada 200 kilang haram di Pulau Pinang

 | August 13, 2017

Justeru, Naib Presiden PAP Rahmad Isahak meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengeluarkan senarai kilang yang beroperasi secara haram di Pulau Pinang.

Rahmad-Isahak-1

GEORGE TOWN: Parti Alternatif Rakyat (PAP) hari ini meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengeluarkan senarai kilang yang beroperasi secara haram di Pulau Pinang.

Naib presidennya Rahmad Isahak berkata ini kerana PAP menerima maklumat terdapat lebih 200 kilang haram beroperasi di Pulau Pinang dengan 150 buah beroperasi di Seberang Perai dan 53 lagi di bahagian pulau.

Beliau mendakwa sebanyak 51 buah beroperasi di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (90) dan Seberang Perai Selatan (9) manakala di bahagian pulau mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Batu Maung (11), Air Itam (3), Sungai Pinang (32), Batu Lanchang (2) dan masing-masing 1 di Bayan Lepas, Padang Kota, Kebun Bunga, Datuk Keramat dan Air Putih.

“Ini maklumat yang kita terima daripada sumber yang relevan. Ini bermakna kesahihan kepada maklumat yang kita perolehi ini perlu diterjemahkan oleh kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) ini.

“Mereka perlu menyiasat segera dan keluarkan senarai bagi menyokong informasi yang kita utarakan hari ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, kilang, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008.

Mengulas lanjut, Rahmad berharap kedua-dua PBT itu dapat mengeluarkan senarai berkenaan dalam tempoh 2 minggu ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments