Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Peguam persoal SPRM paksa Isa, Phee pakai baju lokap

 | August 17, 2017

Amalan itu menyalahi perlembagaan yang menyifatkan seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan, kata N Surendran.

n-surendran

PETALING JAYA: Peguam hak asasi N. Surendran hari ini mempersoalkan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaksa suspek memakai baju lokap berwarna oren, dan berkata amalan itu melanggar Perlembagaan Malaysia dan akta mengenai peraturan penjara.

“Seorang yang ditahan untuk siasatan perlu dibenarkan memakai baju sendiri, dan bukan apa-apa baju seragam yang dibekalkan pihak berkuasa yang menahannya,” kata Surendran.

“Seorang tahanan dibenarkan undang-undang untuk tidak memakai baju lokap.”

Beliau mengulas 2 penangkapan berprofil tinggi oleh SPRM baru-baru ini melibatkan ahli exco Pulau Pinang Phee Boon Poh dan bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Kedua-dua mereka dibawa ke mahkamah dengan berpakaian baju lokap oren SPRM.

Phee ditahan SPRM selama 3 hari untuk membantu siasatan kes kilang haram pada minggu lepas, sementara Isa ditahan bagi membantu siasatan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Surendran berkata amalan memaksa suspek memakai seragam lokap bertentangan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan juga Peraturan Penjara 2000, yang mewajibkan pihak penjara untuk membenarkan tahanan yang belum tersabit kesalahan memakai baju sendiri.

“Dipaksa memakai seragam oren sebelum dibawa ke mahkamah adalah mengaibkan kepada orang ditahan dan memberikan persepsi dia seorang penjenayah walaupun belum disabitkan dalam mahkamah,” katanya.

Surendran berkata amalan polis memaksa suspek memakai baju lokap unggu juga menyalahi undang-undang.

Surendran turut mempersoalkan tindakan SPRM menggari Phee, dengan berkata lelaki berusia 66 tahun tidak berisiko melarikan diri.

“Sekiranya tiada risiko suspek melarikan diri atau bertindak ganas, gari tangan tidak sepatutnya digunakan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments