Sukan SEA: Gol sendiri tewaskan Malaysia

Sukan SEA: Gol sendiri tewaskan Malaysia

Tuan rumah terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas kalah 0-1 menentang Thailand pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017.

malaysiathai
PETALING JAYA: Malaysia kalah 0-1 di tangan Thailand pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 akibat jaringan gol sendiri oleh penjaga gol Haziq Nadzli.

Kesilapan berlaku apabila Haziq tertumbuk bola masuk ke jaring sendiri pada minit ke-38 separuh masa pertama selepas Thailand melakukan sepakan penjuru.

Meskipun memberi saingan hebat kepada pasukan lawan, Malaysia gagal melakukan jaringan penyamaan, mengecewakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya yang memenuhi Stadium Shah Alam malam tadi.

Malaysia menjadi pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas pada kejohanan kali ini selepas mengungguli peringkat kumpulan.

Kali terakhir Malaysia merangkul kilauan emas dalam perlawanan bola sepak adalah pada Sukan SEA 2011.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.