Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Abang, tolong panas!’ jeritan pelajar tahfiz

 | September 14, 2017

Seorang penduduk berdekatan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah antara saksi awal kebakaran yang mengorbankan lebih 20 pelajar.

kebakaran-tahfiz4KUALA LUMPUR: “Panas…panas…abang tolong panas!”

Jeritan pelajar tahfiz itu terngiang-ngiang di ingatan Shahirman Sharil yang menyaksikan sendiri kebakaran di pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung, di sini awal pagi ini.

Shahirman, 39, yang tinggal berhampiran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, berkata beliau mendengar jeritan para pelajar pusat tahfiz itu kira-kira 5 pagi.

“Saya melihat keadaan di luar masih gelap kecuali api yang marak di tingkat tiga pusat tahfiz berkenaan. Saya bersama penduduk lain cuba membantu mengeluarkan mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Shahriman, beliau dan jiran-jiran kemudiannya mengarahkan beberapa pelajar terjun dari tingkat 3.

“Kami cuba menyambut mereka, ada yang melecur. Kami cuba bantu apa yang perlu sebelum menunggu ketibaan bomba untuk memadam kebakaran di pusat tahfiz berkenaan,” katanya.

Setakat 10.30 pagi, seramai 21 pelajar dan 2 guru dilaporkan maut dalam kebakaran di pusat tahfiz.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, dalam kejadian itu, 6 pelajar dan seorang orang awam juga cedera.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments