Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

2 tahun berlalu, Mara Digital Mall mula hilang pelanggan

 | September 21, 2017

Pusat digital itu dilaporkan mengalami kejatuhan dalam jualan dan pelanggannya sudah kembali ke Plaza Low Yat.

MARA-Digitl_600PETALING JAYA: Mara Digital Mall pada awalnya disasarkan menjadi pesaing pusat beli belah teknologi komunikasi maklumat (ICT) Plaza Low Yat pada pembukaannya 2 tahun lepas, tetapi kini ia dilaporkan mengalami kejatuhan dalam jualan dan jumlah pelanggan.

Juga terkenal dengan gelaran “Low Yat 2″, Mara Digital Mall dilancarkan pada 8 Disember 2015, ekoran pertelingkahan yang berlaku di Plaza Low Yat pada Julai tahun itu apabila seorang pemuda didakwa mencuri telefon pintar Lenovo bernilai RM800 daripada salah satu kedai di sana.

Berbeza dengan Plaza Low Yat, Mara Digital Mall memenuhi keperluan peniaga Bumiputera secara khusus dan menyasarkan untuk membantu mereka menembusi pasaran ICT.

Cadangan platform itu yang khusus untuk peniaga Bumiputera-Melayu menerima pelbagai reaksi masa itu tetapi ianya kelihatan seperti laku pada awalnya.

Disember lepas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata Mara Digital Mall memperoleh pulangan modal sebanyak RM18.4 juta setakat November tahun itu.

Beliau berkata ini membuktikan orang yang sinis mengatakan pusat itu tidak akan bertahan lama salah.

Menurut The Malaysian Reserve, peniaga bagaimanapun sedang melihat kejatuhan dalam jualan yang mereka kaitkan kepada kekurangan kepelbagaian produk, harga kompetitif, dan publisiti yang lemah.

Kejatuhan ini berlaku walaupun pusat itu terletak di lokasi strategik berdekatan pusat beli-belah Sogo dan Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.

Faizal Johari, seorang pengurus di kedai Acer Inc Concept Store, memberitahu portal itu perniagaannya baik pada beberapa bulan pertama tetapi pelanggannya mula ke Plaza Low Yat semula.

Dalam laporan itu, beliau berkata peniaga di Mara Digital Mall tidak mampu bersaing dengan peniaga di Plaza Low Yat yang menjual produk mereka pada harga lebih rendah.

“Kami boleh menjual pada harga lebih murah jika terdapat banyak pelanggan, tetapi itu mustahil tanpa publisiti. Malahan, kami tidak mampu merendahkan harga kerana terpaksa mendapatkan bekalan daripada hanya satu pembekal.

“Jika diberi kebebasan memilih pembekal, mungkin kami dapat merendahkan harga,” kata beliau sebagaimana dipetik.

Menurut The Malaysian Reserve, produk dijual di Mara Digital Mall adalah 10% hingga 12% lebih mahal daripada yang dijual di Plaza Low Yat.

Ini bukan pertama kali kebimbangan dibangkitkan atas isu ini.

Pada Disember tahun lepas, peniaga berkata mereka bimbang ketidakbolehan satu-satunya pembekal iaitu WGN Scan Sdn Bhd (WGN), untuk memastikan bekalan IT yang berterusan akan memberi kesan kepada keyakinan pengguna.

Salah seorang daripada peniaga, Mohamad Fadzly Rahmat, berkata ramai pelanggannya mengadu barangan yang dimahukan tiada.

“Jika kita tiada barangan tersebut, orang akan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di sini. Mara Digital Mall adalah pusat IT, bukannya pasar malam,” katanya sambil menambah, pelanggannya merungut setiap kali mereka diberi alasan “tiada stok”.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments