Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tunku Idris ‘terkejut’ kedai dobi di Muar laksana dasar Islam sahaja

 | September 25, 2017

Tunku Idris memuatnaik pandangannya di Instagram mengenai tindakan seorang pengusaha dobi menawarkan perkhidmatan kepada orang Islam.

Tunku-Idris-dobby2PETALING JAYA: Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim mengkritik langkah seorang pengusaha dobi di Muar yang menawarkan perkhidmatan kepada orang Islam sahaja.

Tunku Idris di Instagram hari ini memuatnaik gambar laporan berita The Star mengenai perkara itu dan menulis: “Betulkah perkara ini? Ini melampau. Saya terkejut.”

Dalam 2 catatan seterusnya, Tunku Idris memuatnaik gambar beserta teks: “Al-Quran menyebut, ‘ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia’ dan bukannya ‘ucapkanlah kata-kata yang baik kepada orang Islam sahaja’.”

Gambar kedua pula memaparkan ayat Al-Quran yang menyebut, “bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

Ayat Al-Quran dari surah Al-Kafirun itu sering dipetik sebagai prinsip kebebasan beragama dalam Islam.

Tunku Idris, bagaimanapun, tidak menyatakan sama ada 2 catatan itu mempunyai kaitan dengan pengusaha dobi itu.

Pengerusi Kumpulan CIMB Holdings Datuk Seri Nazir Razak turut memuatnaik gambar laporan berita yang sama di Instagram dengan kapsyen: “Keadaan ini sangat membimbangkan. Kita perlu kekang ekstremisme seperti ini jika kita mahu bina Malaysia yang berbilang budaya, aman dan progresif. Ini mesti salah tafsir ajaran Islam.”

Dasar Islam sahaja pengusaha dobi itu mengundang reaksi berbeza daripada warga Internet, apabila ada kelompok yang memuji langkah itu, sementara ada yang mempertikaikan motif memisahkan pelanggan atas dasar agama mereka.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin dilaporkan memuji dasar kedai dobi itu sebagai “cantik”.

“Kebersihan menjadi keutamaan kepada umat Islam,” kata mufti itu lapor Harian Metro.

Beliau berkata dasar kedai dobi itu tidak sepatutnya menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan orang bukan Islam.

Ini kerana dengan dasar itu orang Islam tidak lagi ragu-ragu untuk menggunakan khidmat dobi layan diri, katanya dalam laporan itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments