
Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam pesanan teks kepada FMT berkata: “Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat perkara itu.”
Terdahulu, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim mencabar menteri Umno bertindak ke atas Zamihan kerana mengkritik Sultan Johor dengan kasar.
Zamihan didakwa mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana mengarahkan seorang pengusaha dobi di Muar menghentikan dasar “untuk orang Islam sahaja” bulan lepas.
Video ucapan kuliah agama di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam pada Ahad itu kini tersebar kepada orang ramai.
Zaid berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom harus mengambil tindakan terhadap Zamihan.
Zaid juga berkata rakyat tidak sepatutnya menggunakan bahasa sebegitu dengan raja-raja.
“Sekalipun kamu tidak bersetuju dengan mereka, kamu perlu tunjukkan rasa hormat,” katanya kepada FMT.
“Kamu tidak boleh bertolak ansur dengan kenyataan seperti itu dari seorang penjawat awam.”