Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

KL, PJ dan JB antara 100 bandar raya paling bahaya di dunia?

 | October 13, 2017

Ia kesimpulan daripada persepsi dan penilaian orang ramai mengenai kadar jenayah di lebih 200 bandar raya dunia.

kl_crimae_600

PETALING JAYA: Kuala Lumpur merupakan satu-satunya bandar raya di Asia Tenggara yang disenaraikan antara 30 bandar raya dunia paling bahaya dari segi persepsi jenayah, menurut data setakat pertengahan 2017 yang dikumpulkan sebuah syarikat yang menilai persepsi pengguna awam.

Laman Numbeo, yang menilai persepsi menyentuh soal jenayah, kos kehidupan, pencemaran, kesihatan, kualiti kehidupan, kesesakan lalu lintas dan hartanah, turut menyenaraikan Petaling Jaya dan Johor Bahru di antara 100 tempat dengan indeks jenayah paling tinggi, menurut perangkaan berdasarkan penilaian orang ramai.

Kuala Lumpur ditempatkan di tangga ke-29 dengan indeks jenayah dicatatkan 68.31. Rata-rata bandar raya dunia yang mencatatkan indeks jenayah paling tinggi terletak di Amerika Selatan, Afrika dan beberapa bandar raya di Amerika Syarikat.

Sepuluh bandar raya dengan indeks jenayah paling tinggi menurut penilaian pengguna ialah San Pedro Sula di Honduras dengan catatan 84.88, diikuti Port Moresby (Papua New Guinea), Pietermaritzburg (Afrika Selatan), Caracas (Venezuela), Fortaleza (Brazil), Salvador (Brazil), Johannesburg (Afrika Selatan), Durban (Afrika Selatan), Pretoria (Afrika Selatan) dan Recife (Brazil).

Petaling Jaya disenaraikan pada tangga ke-40 manakala Johor Bahru di tempat 62. Dua bandar lain di Malaysia ialah Kuching (tempat ke 118) dan Pulau PInang (149).

Data Numbeo berdasarkan pengalaman dan persepsi orang ramai mengenai bandar raya serata dunia.

Menurut syarikat itu, data yang dikumpulkan tidak mewakili sebarang sumber rasmi atau dipengaruhi agensi kerajaan.

Walaupun perangkaannya tidak dianggap rasmi, ia menjadi rujukan beberapa sumber berita dalam menilai sesebuah bandar raya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments