Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Menjelang bajet, guru dan ibu bapa mengadu pelbagai kelemahan di sekolah

 | October 17, 2017

Beberapa warga pendidik menyatakan hasrat mereka untuk kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk sekolah dalam Bajet 2018 agar suasana pendidikan dapat ditambah baik.

cikgu-sekolahPETALING JAYA: Guru sekolah terpaksa mengendalikan pembelajaran dengan peruntukan kewangan yang semakin mengecil sejak beberapa tahun belakangan ini, dan berharap Bajet 2018 akan membuat peruntukan untuk menambah baik suasana pengajaran dan pembelajaran.

Mereka mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang bakal membentangkan bajet tahunan itu di Dewan Rakyat pada 27 Oktober ini, menyampaikan berita baik supaya sekolah dapat dibekalkan alatan sewajarnya untuk kerja mereka dan untuk anak murid mendapat kemudahan yang diperlukan.

Internet

Seorang guru Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) di Tambunan, Sabah berkata guru terpaksa menggunakan wang sendiri untuk memperoleh bahan pendidikan dalam kelas akibat potongan bajet.

Beliau berkata kerajaan sepatutnya memperuntukkan dana mencukupi untuk perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di sekolah.

“Walaupun kementerian meminta kita menggunakan ICT menerusi Frog VLE (Virtual Learning Environment), kita sukar melakukannya kerana mengambil masa yang sangat lama,” katanya, merujuk kepada platform atas talian yang dilaksanakan melalui projek 1BestariNet kerajaan.

“Guru di sekolah saya terpaksa berkongsi perkhidmatan Streamyx 1Mbps,” katanya sambil memberitahu kualiti kelajuan internet yang lemah.

“Kadangkala, perkhidmatan tidak berfungsi kerana terlalu banyak pengguna pada satu masa.”

Seorang guru Maktab Rendah Sains Mara, Shafina Nazri berkata sekolahnya terpaksa menyekat skop pelbagai kursus dan program kerana tidak mampu menyediakan kertas latihan dan bahan lain kepada pelajar.

Seorang lagi guru dari Sabah, Floriana, berkata Bajet 2018 patut memberi penyelesaian kepada keperluan mendapat dana mencukupi untuk sekolah menengah bagi memperoleh alatan mengajar dan memastikan bangunan dan aset lain dalam keadaan baik.

Beliau menyeru agar elaun untuk kakitangan sekolah dinaikkan untuk membantu mereka menghadapi kos hidup semakin tinggi, terutamanya di Sabah di mana harga barangan lebih tinggi daripada di Semenanjung Malaysia.

Beg sekolah

Bagi Sandy, seorang ibu kepada pasangan kembar di sebuah sekolah Cina, berkata berat beg yang dibawa murid sekolah membimbangkan.

Menurutnya, masalah itu boleh diatasi sekiranya kemudahan loker disediakan di sekolah supaya pelajar dapat menyimpan buku mereka, bukannya mengheret buku-buku tersebut antara rumah dan sekolah.

“Anak-anak saya mempunya beberapa buku teks setiap subjek dan mereka perlu membawanya dalam 2 beg berlainan,” katanya sambil menambah yang setiap anak akan mengheret beban sebanyak 10kg.

Datuk Dr Zakaria Kasa daripada Majlis Profesor Kebangsaan menyeru untuk penyelesaian kepada masalah guru yang dibebankan dengan kerja pentadbiran.

“Saya harap kerajaan akan mencadangkan penyelesaian untuk isu ini kerana guru perlu kendalikan ramai pelajar dan pada masa sama mereka ditugaskan dengan kerja pentadbiran,” katanya.

“Ini memberi kesan kepada prestasi mereka dalam pengajaran.”

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments