
Ketua Penerangan Umno itu berkata, kejayaan tersebut cuba digantikan dengan persepsi palsu yang dibina oleh mereka seperti seolah-olah negara ini mahu muflis dan rakyat di dalam negara ini tidak boleh makan.
“Dan kerana tekanan-tekanan (lain) seolah-olah kerajaan duduk tak tak buat apa walaupun kita tahu era Datuk Najib inilah bantuan secara langsung, subsidi bersasar yang berbagai.
“Kalau ini tidak dibawa oleh jentera penerangan (Umno), kita akan tenggelam dalam perang persepsi juga gambaran palsu yang cuba dibina oleh pembangkang,” katanya pada sidang media di Majlis Bicara Minda dan Sesi Dialog di sini hari ini.
Turut menjadi ahli panel pada majlis berkenaan adalah Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin dan Ahli Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul.
Mengulas lanjut, Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh menambah, pihaknya merasakan Najib mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan dalam keadaan ekonomi dunia yang sangat mencabar.
Beliau dalam masa yang sama turut mahukan jentera penerangan Umno untuk menjadi proaktif dan agresif.
“Tidak hanya mengambil sikap defensif tetapi sebaliknya kita harus mengetengahkan segala berita kejayaan (Najib).
“Dan kita tidak seharusnya malu alah untuk menceritakan pencapaian-pencapaian dan kejayaan-kejayaan dicapai oleh perdana menteri,” katanya.