Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kesatuan pekerja ulangi desakan batal perjanjian halang transformasi KTMB

 | November 15, 2017

Abdul Razak Md Hassan mendakwa RNAA yang diwujudkan berlandaskan idea korup, memberi kuasa mutlak kepada Perbadanan Aset Keretapi melakukan pembangunan yang hanya akan menguntungkannya.

abdul-razak_ktm_new_600

PETALING JAYA: Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) mengulangi desakan membatalkan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) yang didakwa akan menghalang usaha ketua pegawai eksekutifnya (CEO) mentransformasikan KTMB.

Presiden KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan mendakwa RNAA yang diwujudkan berlandaskan idea korup, memberi kuasa mutlak kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) melakukan pembangunan yang hanya akan menguntungkannya.

“Sistem RNAA yang bakal diwujudkan ini secara negatifnya hanya menguntungkan PAK dan mengancam pembangunan KTMB.

“Malah idea inovatif yang dicetuskan CEO KTMB juga sukar dicapai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RNAA ialah perjanjian mengasingkan pengendali perkhidmatan kereta api di bawah KTMB, dengan pemilikan, pengurusan dan penyelenggaran aset yang bakal diletakkan di bawah RAC.

Pada 5 Mei lalu, Razak dilaporkan berkata, RNAA bakal memberi implikasi besar kepada pekerja dan KTMB, daripada sudut perkhidmatan dan kepentingan negara, termasuk menyebabkan pemberhentian 4,000 kakitangan KTMB.

Mengulas lanjut, Razak berkata, kesatuan itu menyambut baik rancangan CEO, Mohd Rani Hisham Samsudin meneroka projek pembangunan hartanah di tanah milik KTMB di sekitar Lembah Klang kerana ia boleh menjadikannya agensi mampu menjana keuntungan.

“Untuk mencapai hasrat cetusan idea inovatif ini yang mana kesatuan menyokongnya demi kebaikan KTMB, kerajaan hendaklah membubarkan RAC dan menyerapnya dalam jabatan di bawah KTMB.

“Maka, semua pemilikan aset hendaklah dikembalikan kepada KTMB bagi memastikan pembangunannya mencapai hasrat seperti diinginkan CEO KTMB.”

Beliau menggesa kerajaan memberi peluang kepada Rani Hisham yang dilantik perdana menteri untuk membuktikan kemampuannya.

“Keyakinan perdana menteri perlu diselarikan dengan perubahan struktur perniagaan KTMB yang lebih luas dan bukan hanya fokus kepada bidang perkeretapian.

“Sudah tiba masanya KTMB diolah menjadi perniagaan global bukan sahaja dari sudut hartanya, malah mampu menjadi pengeluar lokomotif, koc, set komuter dan sebagainya.”

Kesatuan pekerja KTMB desak kementerian batalkan RNAA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments