Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Adun PBS: Pemimpin Kristian BN Sabah konsisten isu ‘Allah’

 | November 20, 2017

Adun Kiulu Joniston Bangkuai persoalkan Shafie Apdal yang tiba-tiba memberi perhatian kepada isu yang tidak pernah disentuhnya.

Joniston-Bangkuai-christian-1KOTA KINABALU: Pemimpin Kristian BN sentiasa lantang mempertahankan hak masyarakat Kristian.

Bagaimanapun, tidak seperti pembangkang, BN tidak menayangkan niat dan usaha mereka kepada media.

Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dari Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata PBS konsisten dalam isu agama, oleh itu kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal kononnya pemimpin Kristian, termasuk daripada PBS, tidak peduli, adalah tidak berasas.

Shafie dilaporkan berkata pemimpin Kristian, termasuk Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup tidak bersuara dalam isu “Allah”.

Sebaliknya, Bangkuai berkata PBS sudah menyatakan pendirian dalam isu itu dan menyuarakan bantahan kepada larangan penggunaan kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam di negeri itu.

“Saya ingin tahu mengapa Shafie tidak bercakap mengenai semua ini semasa menjadi menteri? Dia tidak pernah kata, jangan ganggu mereka atau seperti itu. Mengapa baru sekarang kami dicemuh?

“Sekarang, dia cuba jadi juara semua isu. Jangan cuba gambarkan kami seperti itu kerana kami tahu apa yang kami lakukan.

“Dia harus tanya diri sendiri: Pernahkah dia menyebelahi kami dalam isu ini?

“Jangan gunakan isu ini kerana kamu terdesak mahukan sokongan masyarakat bukan Islam.”

Daripada menimbulkan perasaan tertentu dalam kalangan rakyat dengan menggunakan isu agama, Shafie sepatutnya merapatkan jurang antara orang berbeza agama, kata Bangkuai.

Beliau berkata di kawasannya baru-baru ini, sekumpulan pelatih dari sebuah institut vokasional, termasuk orang Islam, membantu mencantikkan sebuah gereja di daerah itu tanpa masalah.

“Marilah kita promosikan penerimaan dan tolak ansur daripada menyemai perbalahan.

“Seorang pemimpin sejati sepatutnya ke arah itu kerana penyelesaian jenis apa yang akan berlaku apabila mengeluarkan kenyataan tentang isu sensitif seperti ini?”

Bangkuai turut menasihatkan pemimpin agama di Sabah supaya merujuk kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah mereka.

Ini kerana sesetengah pihak lebih gemar bertemu pembangkang yang akan pergi kepada media untuk mempolitikkan isu itu.

Katanya, situasi hanya bertambah buruk dan mencipta syak wasangka dalam kalangan rakyat apabila isu dibawa ke media daripada menyelesaikan masalah berbangkit.

“Media sepatutnya jalan terakhir. Cari cara, pergi berjumpa pihak berkuasa. Mengapa bercakap kepada pihak berkuasa melalui media?”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments