Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jawi siasat Siti Kasim hina Islam

 | November 20, 2017

Ia susulan Siti Kasim yang dilaporkan kerap mengeluarkan kenyataan menghina dan mengelirukan mengenai Islam.

jamil-siti-kasimKUALA LUMPUR: Tindakan yang diambil terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan atau melakukan perbuatan menghina serta mengelirukan mengenai Islam tidak terhad kepada perundangan sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya, kata beliau, ada tindakan lain diambil institusi agama Islam seperti mengikuti kelas agama yang dikenakan ke atas “Raja Bomoh” Ibrahim Mat Zin oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Dalam konteks Siti Kasim, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telahpun ambil tindakan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya sewaktu menjadi ahli panel bagi kluster agama di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 hari ini.

Beliau menjawab soalan peserta berhubung tindakan diambil kerajaan terhadap individu seperti Siti Kasim atau nama sebenarnya, Siti Zabedah Kasim yang dilaporkan kerap mengeluarkan kenyataan menghina dan mengelirukan mengenai Islam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments