Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PPBM tak cukup wakil rakyat untuk turut serta rancangan ‘Akujanji’ tajaan Rafizi

 | November 20, 2017

Naib presiden PKR itu percaya pengisytiharan aset yang dianjurkan Invoke Malaysia akan memberi tekanan kepada bakal calon lain.

rafizi-ramli_dap_ppbm_600

SUBANG JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata calon DAP dan PPBM bukan merupakan fokus rancangan badan Invoke Malaysia yang diketuainya untuk membuat pengisytiharan harta.

“Mereka bukan kerusi marginal jadi ia sangat sukar untuk meyakinkan orang ramai untuk datang dan membantu kempen kami sebagai sukarelawan,” kata Rafizi pada majlis mengumpul sumbangan di sini malam tadi.

Menurut Rafizi, kerusinya di Pandan juga bukan sasaran kempen Invoke kerana ia bukan kerusi marginal.

Mengenai PPBM, Rafizi berkata parti diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad itu hanya mempunyai 2 wakil rakyat, iaitu seorang ahli Parlimen dan seorang Adun, dan ia juga tidak mempunyai “kerusi tradisional” yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Sejumlah 30 wakil rakyat kebanyakannya dari PKR dan Amanah bersetuju menyertai pengisytiharan harta anjuran Rafizi di samping menandatangani “Akujanji Khidmat Rakyat” untuk tidak melompat parti sekiranya menang pada PRU akan datang.

Sebelum ini, Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata rancangan pengisytiharan harta itu adalah usaha Rafizi dan bukan gabungan pembangkang tersebut.

“Dia yang buat pengisytiharan. Kita tidak tahu apa-apa. Kita ada strategi kita sendiri dan akan ikut keputusan akhir yang akan dibuat Majlis Presiden,” katanya ketika ditanya sama ada akan turut mengisytiharkan harta.

Rafizi berkata majoriti yang bersetuju menyertai rancangan Invoke hampir pasti bertanding di kerusi semasa mereka.

Beliau juga yakin pemimpin PPBM akan menyertai pelan itu selepas rundingan kerusi di kalangan PH selesai.

“Apabila rundingan kerusi selesai, saya pasti PPBM akan muncul dalam kumpulan seterusnya. Ideanya adalah akan ada yang isytihar harta setiap bulan.”

Menurutnya, usaha itu akan memberi tekanan kepada calon lain untuk mengisytiharkan harta mereka.

Daripada 30 wakil rakyat yang menyertai usaha Invoke, 20 daripada PKR, 9 daripada Amanah dan manakala Datuk Mahfuz Omar adalah pemimpin tunggal PAS.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments