Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Semua salah guna kuasa akan disiasat, kata Kit Siang

 | November 21, 2017

Pakatan Harapan akan menyiasat semua persepsi salah guna kuasa dulu dan sekarang, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

Dr Mahathir dan Lim Kit Siang diperkenalkan moderator.

Dr Mahathir dan Lim Kit Siang diperkenalkan moderator.

PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang memberi jaminan sebarang salah guna kuasa malah persepsi kelakuan itu – dulu dan sekarang – akan disiasat.

Kit Siang memberitahu sesi pertemuan bersama anak muda di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya malam tadi bahawa beliau sentiasa berpegang kepada pendirian itu.

Beliau menjawab soalan sama ada beliau akan menyiasat dakwaan salah laku yang dilemparkan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad oleh pembangkang sekiranya Pakatan Harapan diberie kuasa, terutamanya sekarang apabila Dr Mahathir adalah sekutu dalam gabungan itu.

Dr Mahathir duduk bersebelahan Lim.

Lim bagaimanapun berkata masa depan lebih penting daripada peristiwa dahulu.

Kira-kira 150 orang hadirin memeriahkan sesi malam tadi.

Kira-kira 150 orang hadirin memeriahkan sesi malam tadi.

Beliau menjelaskan pertama paling penting ialah menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najb Razak dan membina semula negara.

Beliau menyeru anak muda untuk lihat ke depan dan bagaimana membetulkan negara dan institusi negara.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments