Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Trump dinasihati jangan isytihar Baitulmuqaddis ibu negara Israel

 | December 5, 2017

Pengisytiharaan seperti itu mungkin menyebabkan tunjuk perasaan dan kegansasan meledak.

trump_Baitulmuqaddis_600trump_Baitulmuqaddis_600

WASHINGTON: Kemungkinan Amerika Syarikat akan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel membangkitkan tentangan daripada pegawai kerajaan Amerika Syarikat dan negara lain kerana dikhuatiri keganasan akan meletus.

Keputusan sebegini akan mencabuli dasar Amerika Syarikat yang selama beberapa dekad bertekad untuk tidak membuat keputusan berkenaan Baitulmuqaddis atas alasan isu ini perlu dirunding dan ditentukan oleh rakyat Israel dan warga Palestin.

Jika Presiden Trump membuat pengisytiharan tersebut, tunjuk perasaan dan keganasan oleh rakyat Palestin atau orang Islam seluruh dunia mungkin meledak, antaranya kerana sensitiviti tapak di Baitulmaqdis yang dikenali orang Yahudi sebagai Har HaBayit dan orang Islam sebagai Haram al-Sharif.

Dua pegawai kerajaan AS yang mahu nama dirahsiakan berkata berita mengenai rancangan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ditentang Biro Timur Tengah di Jabatan Negara, yang mengendali rantau itu.

Seorang lagi pegawai kerajaan AS berkata agensi risikan AS sepakat menjangkakan pengisytiharaan itu akan mengundang risiko tindak balas terhadap Israel dan juga potensi terhadap kepentingan AS di Timur Tengah.

Isu teras dalam pertelingkahan Israel-Palenstin merangkumi sempadan, masa depan penempatan Yahudi di Tebing Barat, nasib pelarian Palestin dan status Baitulmaqdis.

Warga Palestin ingin menubuhkan negara merdeka di Tebing Barat yang kini dikawal Israel sejak 1967 dan Semenanjung Gaza yang dikawal Hamas, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka.

Sekutu Amerika Syarikat seperti Saudi Arabia, Jordan dan Perancis menyuarakan kebimbangan mereka jika Amerika Syarikat sendirian mengumumkan Baitulmaqdis ibu negara Israel.

Menurut Husam Zomlot, ketua perwakilan Pertubuhan Pembebasan Palestin di Washington, pengiktirafan rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat akan mematikan penyelesaian 2 negara kepada konflik Israel-Palestin.

Daniel Benjamin, seorang bekas pegawai anti pengganas di Universiti Dartmouth, mempunyai mesej yang mudah: “Trump bermain dengan api.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments