Mahfuz akhirnya keluar PAS

Mahfuz akhirnya keluar PAS

Keputusan ahli Parlimen Pokok Sena itu memang sudah dijangka sekian lama.

mahfuz1
ALOR STAR: Datuk Mahfuz Omar yang selama ini mempertikaikan kepimpinan partinya PAS, hari ini akhirnya mengumumkan keluar daripada PAS, selepas 34 tahun menjadi ahli.

“Bermula 12 tengah malam ini, saya adalah ahli Parlimen bebas,” katanya kepada wartawan di sini.

Mahfuz tidak mengumumkan menyertai parti lain termasuk Amanah yang sering didampinginya.

“Saya ambil tempoh bertenang,” katanya. “Pemergian dari PAS adalah untuk negara dan rakyat. Untuk buat satu keputusan terbaik untuk negara dan rakyat.”

Mahfuz berkata beliau akan menghantar surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan, dan peletakan jawatannya berkuat kuasa mulai 11.59 malam, seminit sebelum tahun 2018 bermula.

mahfuz
Keputusan Mahfuz hari ini bukan sesuatu yang memeranjatakan, malah sudah lama dijangka.

Mahfuz menjadi wakil rakyat kerusi Parlimen Pokok Sena sejak 1999 kecuali selama 4 tahun selepas ditewaskan calon Barisan Nasional pada 2004.

Susulan pemilihan PAS pada 2015, beliau dilihat semakin rapat dengan pemimpin Amanah di samping gabungan 4 parti yang tidak disertai PAS, Pakatan Harapan.

Mahfuz juga tidak ada dalam senarai calon yang disediakan PAS Kedah bagi mewakili parti itu pada pilihan raya akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.