
“Tentu sekali dengan ‘aku janji’ itu seluruh rakyat pantai timur akan menolak cadangan beliau. Saya secara peribadi mengucapkan terima kasih atas cadangan itu.
“Tentulah Dr Mahathir membuat keputusan tepat menolak sokongan rakyat di pantai timur terhadap partinya,” katanya secara sinis pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang hari ini.
Naib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden itu berkata cadangan menghentikan ECRL oleh pakatan pembangkang akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
Dalam satu program di Putrajaya pada Ahad, Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan dilaporkan tidak menolak kemungkinan pakatan itu akan menghentikan projek ECRL sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan menyifatkannya satu pembaziran.
Mengenai seorang ketua Umno bahagian ditahan kerana positif dadah di pusat hiburan di Kuala Lumpur semalam, Ahmad Zahid berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi parti.
“Walaupun kita tidak boleh menghukum mana-mana individu sebelum diputuskan mahkamah tapi dari segi moral dan politik ia agak mendukacitakan dan tidak seharusnya berlaku,” katanya
“Kita akan bawa kepada mesyuarat dan tindakan (disiplin) akan dikenakan mengikut perlembagaan Umno,” tambahnya.