
Beliau berkata, apa yang perlu ditekankan ialah pengundi perlu tahu ia sekadar taktik pembangkang “menyembunyikan” DAP yang semakin ditolak masyarakat Melayu di sebalik logo PKR.
“Itu strategi lapuk. Kita sudah tahu apa mereka nak buat, cuma kita mahu ingatkan pengundi jangan terpengaruh kerana dalam logo PKR yang digunakan itu ada DAP, Amanah dan PPBM yang bermasalah.
“Untuk mengelirukan rakyat, pembangkang cuba meniru konsep BN, tetapi mereka lupa gabungan parti dalam BN telah lama wujud, malah rakyat juga tahu gabungan ini (BN) menggunakan kaedah setiap keputusan dibuat secara konsensus,” katanya hari ini.
Pengumuman penggunaan logo PKR itu dibuat Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Jelajah Harapan di Pasir Gudang, Johor, malam tadi.
Tengku Adnan yang juga ahli Parlimen Putrajaya berkata, BN mempunyai kaedah tersendiri dalam menyedarkan pengundi tentang muslihat yang cuba dilakukan gabungan pembangkang itu.