Khidmat Apandi dilanjutkan 3 tahun hingga 2021

Khidmat Apandi dilanjutkan 3 tahun hingga 2021

Apandi Ali dilantik sebagai peguam negara pada 27 Julai 2015 bagi menggantikan Abdul Gani Patail yang perkhidmatannya ditamatkan atas faktor kesihatan.

Free Malaysia Today
Gambar Facebook
PETALING JAYA:
Tempoh perkhidmatan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara dilanjutkan selama 3 tahun sehingga 2021.

“Ya, ia sudah disahkan. Minta maaf atas kelewatan membalas, saya menunggu pengesahan dahulu. Alhamdulilah,” katanya yang dilaporkan New Straits Times.

Apandi dilantik sebagai peguam negara pada 27 Julai 2015 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang perkhidmatannya ditamatkan atas faktor kesihatan.

Beliau menerima pengajian awal di University of London pada 1972 dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, sebelum meneruskan pengajian dalam Bar-At-Law, Inner Temple of London pada 1973 dan Institute of Advance Legal Studies, London pada 1981.

Beliau pernah menjadi majistret di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, timbalan pendakwa raya bagi Kelantan dan Terengganu, hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.