
Beliau menyarankan setiausaha agung Umno itu membuat laporan polis jika ada bukti petugas parti Islam itu mengambil pil kuda 5 tahun lalu.
“PAS kesal dengan tuduhan liar yang tidak berasas itu. Petugas seluruh negara bekerja keras siang malam bagi menumbangkan Umno-BN dan memenangkan PAS atas rasa tanggungjawab, bukan seperti yang dituduh,” katanya.
Beliau menjawab laporan yang mengatakan Tengku Adnan mendakwa petugas PAS mampu bekerja berterusan tanpa tidur selama 2-3 hari kerana “pil kuda”.
Tangku Adnan berkata demikian kejadian itu diketahuinya ketika berdepan calon PAS ketika itu, Husam Musa, di Putrajaya.
Tuan Ibrahim berkata pasukan undang-undang PAS akan mengkaji kenyataan Tengku Adnan itu dan seterusnya mengemukakan cadangan tindakan yang boleh diambil terhadapnya.
“Sebarang gangguan dan fitnah hanya akan menambahkan semangat juang dikalangan petugas parti,” katanya.
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14