
“Sebaliknya, Datuk Seri Najib Razak telah membuat laporan polis untuk memohon perlindungan polis bagi dirinya dan keluarga kerana bimbang akan keselamatan mereka, selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-14,” demikian kata jurucakap Najib dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan 2 perenggan itu merujuk laporan akhbar tempatan hari ini yang memetik satu laporan polis dibuat Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, petang semalam, yang mendakwa nyawa beliau dan keluarganya terancam.
Akhbar tempatan yang memetik laporan eksklusif Malay Mail itu menyatakan bekas perdana menteri itu memohon diletakkan di bawah program perlindungan saksi berhubung siasatan skandal berkaitan 1MDB.