Gobind: Piala Dunia 2018 akan bersiaran di RTM

Gobind: Piala Dunia 2018 akan bersiaran di RTM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata perincian pemilihan perlawanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Free Malaysia Today
Gobind Singh Deo berkata siaran langsung itu diluluskan jemaah menteri pagi tadi.
PUTRAJAYA:
Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Rusia pada 14 Jun ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran 1 Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata perincian mengenai pemilihan perlawanan berkenaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Setakat ini kita maklumkan Piala Dunia akan disiarkan di RTM 1. Maklumat selanjutnya mengenai tayangan berkenaan akan diberitahu kemudian.

“Mungkin esok,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jemaah menteri hari ini.

Semalam, Gobind memaklumkan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.

Piala Dunia 2018 berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.

Mengulas lanjut, Gobind berkata cadangan berkenaan telah dibawa ke mesyuarat jemaah menteri pagi tadi dan ia diluluskan.

Gobind: Keputusan siaran langsung Piala Dunia di RTM Rabu ini

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.