Loke: Isa Samad bukan lagi pengerusi SPAD

Loke: Isa Samad bukan lagi pengerusi SPAD

Menteri pengangkutan berkata Isa menyerahkan surat peletakan jawatan 2 hari lalu.

Free Malaysia Today
Isa Samad sudah menyerahkan surat peletakan jawatan.
PUTRAJAYA:
Tan Sri Mohad Isa Samad meletakkan jawatan sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) susulan keputusan kerajaan menutup agensi itu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini.

“Isa menyerahkan surat peletakan jawatannya 2 hari lalu,” kata Loke di kementeriannya hari ini.

Loke sebelum ini berkata sudah tiba masa untuk Isa dan lantikan politik bawah pentadbiran sebelum ini untuk letak jawatan, memandangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan SPAD akan ditutup.

Loke juga berkata lantikan politik dalam agensi berkaitan kementerian juga harus letak jawatan.

“Ini termasuklah lantikan politik dalam pihak berkuasa pelabuhan.

“Saya harap mereka akan ambil jalan keluar yang mulia dan letak jawatan. Saya tidak mahu memalukan mereka dengan memecat mereka,” katanya sebagaimana yang dilaporkan.

SPAD ditutup untuk mengecilkan saiz kerajaan dan membuang fungsi bertindih, katanya.

“Rancangan jangka panjang adalah memansuhkan undang-undang berkaitan SPAD di Parlimen dan kakitangannya diserap masuk ke dalam kementerian untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam.

“Kita akan kurangkan jumlah kakitangan jika fungsi mereka bertindih,” kata Loke.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.