
Menurut Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu harga minyak sawit mentah menyusut bagi hari ke-9 berturut-turut di mana harga kini ialah RM2,300 satu tan metrik.
“Turut dilaporkan, eksport minyak sawit kita bagi 10 hari pertama Jun jatuh sehingga 20% berbanding tahun lalu.
“Satu daripada faktor kejatuhan ini adalah tindakan kerajaan mengenakan cukai 5% terhadap eksport minyak sawit dan penganalisis pasaran berkata ia adalah faktor utama penyusutan permintaan dan penurunan harga,” katanya di Facebook hari ini.
Cukai eksport ini diteruskan pada 5% pada Julai dan seterusnya.
Kerajaan sebelum ini menggantung cukai berkenaan bagi 4 bulan pertama tahun ini dalam memastikan pendapatan pekebun kecil tidak terjejas dan pasaran minyak sawit Malaysia terus berdaya saing dan kompetitif di pasaran antarabangsa, kata Najib.