
Beliau tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi dengan kereta Audi dan ditemani seorang lelaki yang merupakan ahli keluarganya.
Mei lalu, adun Kijal itu menyuarakan kesediaan untuk memberi keterangan berhubung kes dikaitkan dengan dakwaan salah laku membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
1MDB bermula sebagai Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA), iaitu sebuah tabung kekayaan berdaulat bertujuan memberi pembangunan ekonomi kepada Terengganu untuk jangka panjang dan melestarikan sosio ekonomi rakyat negeri itu secara amnya.
Ia ditubuhkan pada 2008 dan kemudiannya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1MDB pada Januari 2009.