
“Saya boleh mengesahkan Zakir berjumpa Tun (Dr Mahathir Mohamad) pagi ini,” kata sumber itu.
Bagaimanapun, tidak jelas apa yang dibincangkan Zakir dengan Dr Mahathir dalam pertemuan pertama mereka sejak Pakatan Harapan menawan Putrajaya, tetapi mesyuarat tidak dijadualkan itu, dikatakan singkat.
Pertemuan itu diadakan sehari selepas Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak akan mengusir Zakir selagi beliau tidak menimbulkan masalah kerana beliau mempunyai status penduduk tetap.
Spekulasi timbul dalam kalangan media India yang Putrajaya akan bertindak terhadap permohonan ekstradisi dikemukakan New Delhi Januari lalu.
Rabu lalu, Kementerian Luar India mengesahkan permohonan rasmi sudah dikemukakan kepada Malaysia.
Zakir mendakwa media di India menyasarkannya atas kempen cercaan sejak 2 tahun lalu dan berikrar akan mendedahkan “berita palsu” mengenai pengusirannya.
“Kebanyakan artikel yang diterbitkan mengenai saya akan dibuktikan tidak berasas dan ia adalah palsu,” katanya dalam rakaman video baru dimuat naik ke Facebooknya.
Dr M: Kerajaan tak usir Zakir Naik selagi beliau tak cetus masalah