
Beliau memberitahu Star Online, hanya rakan sejawatannya dari negara Brunei menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah hotel di sini pada 1 Julai lepas.
Fuzi berkata, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.
“Saya menghampiri umur berpencen dan mempunyai simpanan mencukupi untuk belanja perkahwinan anak saya.
“Tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan,” katanya.
“Tiada wang daripada kerajaan atau PDRM digunakan untuk membayar kos perkahwinan atau perjalanan mana-mana tetamu saya.”
Fuzi berkata beliau kini menimbangkan tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report.