
Beliau berkata, kutipan SST diunjurkan hanya RM21 bilion bagi setahun penuh berbanding unjuran GST kerajaan terdahulu sebanyak RM44 bilion bagi 2018.
“Tuduhan palsu oleh Umno bahawa SST akan membebankan rakyat berbanding GST tidak logik.
“Menurut mereka, pengumuman saya bahawa pengenalan semua sistem percukaian lama dengan cukai jualan pada 10% dan cukai perkhidmatan sebanyak 6% bermakna kadar cukai adalah 16%, lebih tinggi berbanding 6% GST,” katanya menerusi satu kenyataan.
Lim berkata, ini tidak benar kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya menambah peratusan cukai jualan dan cukai perkhidmatan “seperti menyamakan epal dan limau”.