Azizah sahkan Anwar akan bertanding kerusi Parlimen

Azizah sahkan Anwar akan bertanding kerusi Parlimen

Bagaimanapun ketua umum PKR itu belum menetapkan kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan.

Free Malaysia Today
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengesahkan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi kerusi Parlimen, namun belum menetapkan kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan.

“InsyaAllah beliau akan bertanding Parlimen.

“Namun terpulang akan bertanding di Parlimen mana,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Anwar disahkan menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR selepas tiada pencabar tampil sebelum pencalonan ditutup.

Anwar akan mengambil alih jawatan itu daripada isterinya, Wan Azizah yang menggalas tanggungjawab itu sejak 2003.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata beliau akan melepaskan mana-mana jawatan yang sedang disandangnya sekarang bagi memberi laluan kepada suaminya.

“Tidak,” katanya.

 

Anwar menang jawatan presiden tanpa bertanding

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.