Polis soal Najib berhubung pengubahan wang haram

Polis soal Najib berhubung pengubahan wang haram

Najib Razak menghabiskan masa kira-kira 2 jam di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman hari ini.

Free Malaysia Today
Najib Razak berdepan 7 pertuduhan jenayah iaitu pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
KUALA LUMPUR:
Polis hari ini menyoal siasat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan berterusan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).

Difahamkan Najib menghabiskan masa kira-kira 2 jam di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman.

Pengarah JSJK Datuk Amar Singh mengesahkan siasatan terhadap Najib kepada FMT, tetapi enggan mengulas lanjut.

Najib berdepan 7 pertuduhan jenayah iaitu pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, membabitkan dana SRC International bernilai RM42 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.