
PETALING JAYA: Seorang lelaki dan dua wanita maut selepas Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan 11.20 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 25 minit kemudiannya, menurut Berita Harian.
“Ada tiga mangsa iaitu satu lelaki dan dua wanita dewasa tersepit dalam Perodua Myvi dipercayai meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis.
“Pemandu bas mengalami kecederaan ringan. Kita menggunakan alat khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Krai Mazlan Mamat berkata maklumat lanjut akan dikongsi kepada media berhubung kejadian itu.