Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Muhyiddin tak bantah Mukhriz diganti – blog pro Najib

 | January 30, 2016

Tindakan Muhyiddin dan Shafie dilihat perubahan dalaman UMNO yang mengukuhkan Najib Razak dan melemahkan Mahathir Mohamad

mukhrizPETALING JAYA: Blog pro Datuk Seri Najib Razak, MYKMU.NET mendakwa, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak membantah cadangan pengguguran Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, semalam.

Memetik laporan blog itu, seorang Ahli MT berkata, mesyuarat semalam menerima keputusan untuk menggantikan Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah tanpa bantahan.

“Timbalan Presiden juga tidak membantah walaupun diketahui beliau dan Mukhriz dalam satu kumpulan yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri.”

Ahli MT yang tidak dinamakan dalam blog itu mengesahkan Mukhriz tidak dijemput ke mesyuarat kerana salah satu agenda mesyuarat ialah membincangkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Seorang lagi sekutu rapat Mukhriz, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal tidak hadir dalam mesyuarat semalam.

Sementara itu, tindakan Muhyiddin dan Shafie ini boleh dilihat sebagai satu perubahan dalaman UMNO yang mengukuhkan kedudukan Najib Razak dan melemahkan kem Mahathir Mohamad.

Namun terdapat maklumat, Muhyidddin akur kerana beliau sendiri mengetahui masalah dalam pentadbiran Kedah dan UMNO Kedah di bawah Mukhriz.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments