

Setiausaha Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamuddin ketika dihubungi FMT berkata, beberapa orang termasuk kanak-kanak mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang, mengakibatkan lebih 30 khemah peniaga dan pameran sekitar muktamar rosak teruk. Juga ada yang mengalami kecederaan,” katanya.
Beliau berkata, pihak bomba dan Jabatan Amal PAS menyediakan bantuan kepada mangsa.

Muktamar yang akan berakhir Ahad ini dihadiri lebih 1,200 perwakilan dari seluruh negara. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucaptama pagi tadi manakala muktamar sayap berlangsung semalam dan kelmarin.
Sementara itu, susulan insiden itu, program ceramah malam ini di kompleks itu dibatalkan.